KONSEP SYURA
Syura dari segi bahasa
bermaksud mesyuarat. Manakala dari segi istilah ialah pemesyuaratan yang
diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang
berkaitandengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan
dan ketakwaan.
Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Maka disebabkan rahmat daripada Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kami telah mmbulatkan tekad, maka bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Ali-Imran : 159)
“Maka disebabkan rahmat daripada Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kami telah mmbulatkan tekad, maka bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Ali-Imran : 159)
Islam mewajibkan umatnya bermesyuarat dalam setiap perkara yang berkaitan dengan kebajikan ummah. Melaluinya, segala masalah dapat diselesaikan dan segala tugas serta tanggungjawab dapat dipikul bersama. Ia juga berperanan dalam mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan ummah.
OBJEKTIF
1) Menjadi tempat rujukan untuk melaksanakan undang-undang Allah.
2) Sebagai kuasa eksekutif pada zaman Kalifah al-Rasyidin.
3) Memilih calon khalifah, contohnya semasa perlantikan Khalifah Uthman
bin Affan.
4) Mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan khalifah jika ia gagal
melaksanakan tugasnya.
5) Memberi bantuan nasihat teknikal yang berkaitan dengan perundangan.
KONSEP SYURA DALAM PEMERINTAHAN ISLAM
Mesyuarat (Syura)
adalah salah satu sendi keimanan dan sifat khusus kaum Muslimin. Berdasarkan
Syura:
- Seseorang ketua Negara dan pemimpinnya wajib bermusyawarah dalam hal yang menyentuh kepentingan umum dan khusus.
- Rakyat berhak member nasihat kepada ketua Negara dan pembantunya sama ada diminta atau tidak.
- Pemimpin Negara yang meninggalkan musyawarah wajib dipecat. (Pendapat ulama’ mujtahid)
Sarjana Islam Abdul Kadir Audah (Al-Islam Wa
Audho’unnas Siasiyah) menyatakan:
- Masalah
yang tiada di dalam nas, termasuk dalam syura. Kaum muslimin berhak
mengeluarkan pendapat dalam perkara tersebut. - Sekiranya jemaah kaum muslimin menetapkan pendapat, maka ia wajib dilaksanakan.
PRINSIP
MAJLIS SYURA
Menurut pendapat
sarjana Islam Abdul Kadir Audah dalam kitabnya (Al-Islam Wa Audho’unnas
Siasiyah) menyebutkan:
§ Syura
adalah hak yang ditetapkan untuk pemerintah dan rakyat.
§ Pemerintah
wajib bermusyawarah dengan rakyat dalam semua hal.
§ Syura
bersendikan keikhlasan kerana Allah.
§ Syura
bukan kebulatan suara.
§ Kewajipan
pelaksanaan keputusan oleh golongan sedikit.
Antara peranan dan kepentingan Syura ialah :
- Memberi peluang penyertaan yang meluas dan penglibatan setiap ahli dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan, kebaikan dan kebajikan semua.
- Melahirkan kepuasan hati kerana setiap ahli diberi peluang untuk memberikan pendapat pandangan.
- Mengelakkan amalan diskriminasi dan berpuak-puak.
- Sepakatan idea adalah lebih baik daripada berpusat kepada individu dan kumpulan kecil yang tertentu.Sesuatu isu, cabaran, halangan dan masalah itu dapat dilihat secara menyeluruh daripada pelbagai sudut secara terperinci.
- Mendapat keredhaan Allah.
- Mengawasi para pemimpin Negara supaya tidak menyeleweng daripada Islam.
- Membimbing umat Islam dalam bidang politik, ekonomi, social dan kebudayaan.
KELAYAKAN
KEANGGOTAAN AHLI MAJLIS SYURA
Melihat beratnya tanggungjawab majlis ini, maka kelayakan setiap ahli juga amat ketat. Ia menyamai kelayakan setiap ketua Negara. Antaranya ialah:
§ Bersifat adil, warak dan takwa.
§ Bersifat benar dan amanah dalam perbuatan dan
amalan.
§ Mempunyai keilmuan yang tinggi dalam bidang
keagamaan dan bidang-bidang lain seperti politik atau ekonomi.
§ Ikhtisas dan mempunyai kepakaran yang mendalam,
bukan hanya sekadar kepakaran normal sahaja.
Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah bahawa anggota majlis syura
merupakan golongan mujtahidin iaitu golongan penggubal undang-undang Islam bagi
membantu badan perundangan dan kehakiman.
PERBANDINGAN ANTARA SYURA DENGAN DEMOKRASI
Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:
1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.
2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.
4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.
5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.
6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi menghargai orang-orang kafir.
7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.
8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan solat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.
9. Sistem Demokrasi jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta
tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.
KESIMPULAN
Amalan Syura merupakan aspek penting yang
dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar
pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura di dalam pengurusan
dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan ayng
bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan atau organisasi. Namun terdapat sesetengah keadaan,
syura tidak diamalkan, dan didapati syura telah dilaksanakan secara meluas dan
menjadi amalan tradisi khalifah dalam menentukan dasar pemerintahan mereka.
RUJUKAN
PENGAJIAN TAMADUN ISLAM, Cetakan Pertama 2013
No comments:
Post a Comment